Ahmad Razlan's

Kakak Tiyok

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
Cupcakes.. Brownies.. Durian Cheese.. All time favv..






My Melody


Visit dem'




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other: â– â– â–

Badak's pwincess



Assalmmualaikum dan salam gembira Ahad! Berkenaan tajuk di atas Aku hari ini ingin menceritakan kisah hidup percintaan aku bersama badak *bukan nama sebenar* sorry, kalau terFeeling feeling sedikit. kekeke ;3

Sebelum aku menceritakan kisah percintaan ku bersama badak. Aku ingin mengenalkan diri ku dengan badak dengan lebih lanjut. yelah, manalatau kan. Ada org tertanya tanya ka. Darimana, berapa umur, org apa. hahaha.

Namaku Nur Fathiyah binti Omar. Aku berumur 17 tahun *budak lepasan YEPEYEM* dan currently stay di Lahad Datu Sabah yang terkenal dengan kampung Tanduo tuuuu sebab pernah dicerobohi oleh makhluk makhluk yang mempunya sifat Dengki, Tamak, Jahat, Tiada perikemanusian dan sebagainya lah. astaghfirullahalazim. okay, sambung. Nama sebenar Badak pulak ialah Ahmad Razlan bin Baharudin. Badak berumur 20 tahun *sudah bekerja* dan badak menetap di Semenanjung Malaysia. Amboii, jauhnya merantau kan? haha :3

So, aku mulakan cerita aku dengan FIRST TIME WE EVER MET. Well, sebenarnya kami tidak pernah jumpa pun lagi. Kami ditemukan melalui laman social yang tengah hawt sekarang ni. Tidak lain tidak bukan iaitu Wechat lahh ;3 dengan adanya wechat, audio, boleh hntr gambar, emoji emoji segala tu hubungan kami bertambah erat dan dengan rasminya kami menjalinkan hubungan sebagai seorang pasangan ialah pada tarikh 24hb10. Pandai bah badak ni mengayat. hahahaha. Daebakk! xD Pada mulanya aku berasa amat janggal. Yalah, setelah pernah dikecewakan oleh pasangan yang dulu aku berasa takut untuk menerima sesiapa pun masuk kedalam hati aku lagi. Tetapi, semakin lama aku mengenali badak. Rupanya badak seorang yang Baik hati dan bukan itu sahaja yang menarik minatku terhadapnya. Salah satu sebab lagi, Badak tidak buta dari soal keagamaan. Dari dahulu lagi aku menginginkan lelaki sebegitu dalam hidup aku dan syukur alhamdulillah aku dapat! yeayy! hahaha. Selepas itu, hubungan kami bertambah rapat. Aku mencadangkan untuk dia membeli sim digi kerana ianya free dengan adanya penambahan buddyz. Jadi Badak pun membeli sim digi dan mendaftarkan no. ku sebagai buddyznya. Hampir setiap malam kami otp dan banyak cerita yang kami kongsi bersama. Pada suatu hari, badak menyuruhku untk membaca doa tidur dan kebiasaanya aku hanya membaca surah al-fatihah sahaja. Tetapi buat badak lain. Jadi Badak pun mengajar aku doa yang sering dibacanya setiap malam sebelum tidur. Selain itu, badak seorang yang suka bergurau tetapi mempunyai tahap batasnya. Contohnya Aku memanggil dia Badak dan dia memanggilku Gajah serta juga Babun. isnt that sweet? hahaha :) Sejujurnya, Badak ialah seorang yang kuat cemburu. Tetapi badak pandai mengawal emosinya kerana dia mempercayai aku dan dia menyayangi aku seperti mana dia memberitahuku pada tempoh hari. Dimataku, Badak cukup sempurna. Kerana dia boleh berdikari dengan sendirinya, hidup berjauhan dari keluarganya, menampung keperluan keluarganya dan sebagainya. Aku juga mengharapakan hubungan kami berkekalan seperti mana pasangan pasangan yang lain juga harapkan dan aku juga berharap bahawa perangai dan perasaan badak terhadapku tidak akan berubah. Amin hirabbil 'alamin.

Ewahh ewahh feelingnyerr korang. hahaha! nanti ada masa kita ketemu lagi dengan cerita yang berbeza. bye! see yah. Assalammualaikum